BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Free WebSites Counters
PhotobucketPhotobucket

Sunday, December 5, 2010

Cinta Itu Milikku...



Cinta itu Milikku

Tidak aku dambakan sebuah percintaan tanpa ikatan yg sah...

kerana sesungguhnya setiap cebisan rinduku, cintaku, sayangku, kasihku akan membuahkan dosa...

Tidak aku impikan cinta kepura-puraan yg buta...

kerana ku tahu, cintaNya tak pernah kelam..

sentiasa diterangi nur yg mncul di setiap sudut hidupku..

mengisi ruangan yg kosong...

Aku belum kenal...

Aku belum tahu...

Aku belum pernah merasainya...

sebuah cinta yg kekal abadi...

Namun,

akan ku teruskan perjuanganku dlm mencari cintaNya...

akan ku teruskan perjuanganku dlm mencari redhaNya..

sebuah perasaan yg tak akan pudar...

sebuah kenangan yg tak akan luntur...

dekatnya Dia lebih dari urat leher kita...

kasihnya Dia setiap di setiap hela nafas kita...

pemurahnya Dia dgn nikmat yg tak terhingga...

sampai aku jadi trleka...

sampai aku ingin bersuka2..

sampai khilafku, aku trlupa...

kasihnya Engkau kpdku...

oleh itu aku yakin...

sesungguhnya, Cinta itu Milikku...


May Allah Bless Us =)

0 comments:

Lelaki Idaman ku...

in luveSEORANG LELAKI.... Biarlah dia seorang yang buta Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin,Gaza, dan seumpamanya ~Biarlah dia seorang yg bisu Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan dia lantang menyuarakan kebenaran ~Biarlah dia seorang yg bakhil Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah Kembali megah di muka dunia ~ Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang SYAHID......in luve