BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Free WebSites Counters
PhotobucketPhotobucket

Sunday, December 5, 2010

3 Kategori Cinta Menurut ISLAM


Bercinta menurut perspektif Islam adalah tidak salah kerana ia adalah fitrah manusia.

Memanglah diakui semua orang mahu dicintai dan mencintai tetapi persoalannya perasaan cinta itu perlulah mematuhi peraturan yang ditetapkan Allah.



Ini kerana matlamat cinta ialah untuk menyelamat, mententeram dan membahagiakan manusia.

Jadi meluahkan kasih sayang antara lelaki dan perempuan perlulah melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak seperti perkahwinan.



Di dalam Islam ada tiga kategori cinta iaitu;



Cinta kepada Allah dan Rasul, cinta kepada manusia dan cinta kepada harta duniawi.

Cinta yang hakiki ialah cinta kepada Allah dan Rasul, manakala cinta kepada manusia dan harta duniawi adalah ujian Allah untuk menentukan tingkat keimanan dan ketakwaan.

Ia tidak kekal dan bergantung kepada keadaan.



Di dalam Islam, kita dibenarkan mencintai sesiapa sahaja asalkan perasaan cinta itu dibina atas dasar cinta kerana Allah.

Ini kerana Allah yang mencipta insan yang kita sayangi dan kasihi.

Oleh itu kecintaan kepada manusia sepatutnya menjadi satu wadah untuk mendapatkan keredaan Allah.



Bagaimana kita hendak mencintai seseorang kerana Allah?




Pertama, kita kena sentiasa mendahului kehendak

Allah sebelum kita penuhi kehendak individu yang kita cintai.



Kedua, cinta kepada manusia mestilah berlandaskan kepada syariat dan ajaran Islam.

Jangan sampai terleka dan melakukan perbuatan yang dimurkai Allah.

Contohnya membuktikan cinta sehingga sanggup melakukan zina.



Yang ketiga, keimanan kepada Allah mendahului segala keinginan duniawi dan keempat, cinta suci seharusnya dilandaskan dengan akhlak dan keperibadian Islam.

Ia bermaksud, cinta tidak boleh berlandaskan keinginan nafsu semata-mata.


May Allah Bless Us =)

0 comments:

Lelaki Idaman ku...

in luveSEORANG LELAKI.... Biarlah dia seorang yang buta Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin,Gaza, dan seumpamanya ~Biarlah dia seorang yg bisu Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan dia lantang menyuarakan kebenaran ~Biarlah dia seorang yg bakhil Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah Kembali megah di muka dunia ~ Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang SYAHID......in luve