BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Free WebSites Counters
PhotobucketPhotobucket

Friday, August 26, 2011

Ramadhan datang dan pergi

Assalamuaalauikum all!! 
lame giler tak update ini blog..??bukan pe malas..
hee~ al-maklum lah sibuk dengan trial exam...
sekarang dah habis..lega!!!!
uhuk2..pejam celik pejam celik dah pun 26 ramadhan kan..?
haih!! rasa macam baru semalam ja start puasa..cewah!! ^^
so lagi 4 hari la kita nak raya an..??
mesti korunk happy giler2 kan.  kan  kan..??
aku..ckit je kot..?? heee~
n lagi 3 malam untuk cari malam lailatul qadar..!!
jom pakat cari ramai2 nak tak..??
n kita doa mudah2an Allah pertemukan kita dengan malam 2 la ye,..?
aku sangat2 b'harap dapat jumpa dengan malam lailatul qadar..
al-maklumlah...setahun sekali..dah tu susah pulak nak jumpa...
hurmm..pape pown SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA ye smua!!!

p/s: tak nak wish raya lagi c0z puasa blom habis.. :)


May Allah Bless Us =)

Lelaki Idaman ku...

in luveSEORANG LELAKI.... Biarlah dia seorang yang buta Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin,Gaza, dan seumpamanya ~Biarlah dia seorang yg bisu Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan dia lantang menyuarakan kebenaran ~Biarlah dia seorang yg bakhil Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah Kembali megah di muka dunia ~ Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang SYAHID......in luve