BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Free WebSites Counters
PhotobucketPhotobucket

Saturday, June 18, 2011

Buat sahabatku~


Assalamuaalaikum wbt..



Wahai sahabatku yang sangat disayangi dan dikasihi kerana Allah..
Ketahuilah bahawa diri ini berkawan denganmu hanya semata-mata untuk mencari mardhatilLah..
Wahai sahabatku, 
Ketahuilah bahawa diriku berkawan denganmu bukan hanya didunia yg fana ini,
Tetapi juga di akhirat yg kekal abadi..
Wahai sahabatku,
Dapatkah kita bertemu di akhirat kelak bersama-sama.?
Dapatkah kamu memberi jaminan untuk kita bersama-sama bertemu di sana?
Sungguh! aku tidak dapat menjamin itu semua kerana itu hanya kerja Ilahi..
Tetapi kita hanya dapat berusaha untuk bertemu di sana..

Sahabatku, 
betapa pilunya hatiku ini apabila melihatmu,
 melihatmu yg berani membuka aurat di khalayak ramai,
kecewanya hatiku sahabat yang bersama-samaku,
bersama-samaku selama 4 tahun tidak dapat ku nasihati,
nasihati untuk sama-sama mencari mardhatilLah..

Sahabtku, 
Ketahuilah bahawa siksa Allah itu amat pedih,
Pedih lagi jari yg terhiris pisau,
Pedih lagi kulit yg terkena api,
Pedih lg hati yg ditikam-tikam,
semuanya tidak dapat menandingi pedihnya azab Allah..

Sahabatku,
Sudah menjadi tanggungjawab bersama untuk kita hadapi hidup ini bersama,
Tahukah kamu sorang yg jatuh ke gaung menarik yang lainnya?
Andai yg di atas tidak kuat untuk menarik yang satu di bawah, 
Pasti yg atas akan turut jatuh bersama,
Tetapi andai yg atas bersama-sama manarik di bawah naik ke atas,
pasti yang bawah akan terselamat dari jatuh ke gaung..
Begitulah persahabatan kita..

Sahabatku,
aku merayu serayu rayunya padamu,
Jagalah auratmu yang mana aurat itu menjadi maruah kita,
Sungguh!! Aku sangat menyayangimu.. 

Terima kasih kerana sudi bersahabat denganku,
tanpamu semua, 
mungkin aku kesepian,
tanpamu semua, 
mungkin aku terjatuh ke gaung berseorangan...



p/s: luahan hatiku buat sahabat2 yg dikasihi terutama ain,zahirah,nadia,faizah,fadz,pkah, wani & fifah :)



May Allah Bless Us =)

Thursday, June 16, 2011

Sujud Terakhirku



Dalam sujud terakhirku Ya Allah...
kuteriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya
agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku

Dalam sujud terakhirku Ya Rabbi...
ku menangis sejadi-jadinya
biar kering mata ini
namun basah ladang hati yang gersang

Dalam sujud terakhirku Ya Rahman...
kulihat semua dosa yang membayangiku
kelam mencengkram jiwa yang lusuh

Dalam sujud terakhirku Ya Rahim...
biarkan aku patah dalam cahayaMu
biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
agar ku kembali dalam pelukan hidayahMu

Dalam sujud terakhirku
biarkan aku hirup nafasku sekali lagi
hanya untuk menyebut namaMu dan kekasihMu tercinta


May Allah Bless Us =)

Monday, June 13, 2011

Layan Syaitan Itu Seperti Musush


Perang!!!
Itu sahajalah kata yang mungkin paling layak dilaungkan apabila kitaberhadapan dengan satu musuh.
Musuh yang mana sememangnya kita telah tahu bahawa dia sudah berikrarakan memerangi kita. 
Tidak ada lagi pendamaian dan tolak ansur. 
Musuhyang sangat licik, hebat dan bersungguh-sungguh dalam memerangi kita,
sehinggalah kita menyertai barisan mereka.
Barisan apa?
Barisan yang menuju ke neraka!


p/s: tengok tajuk dr remaja masjid mcm best..trus kongsi sini 


May Allah Bless Us =)

Wednesday, June 1, 2011

Adek Angkat..??

Agak lama tak update blog ini..Harap kwn2 smua sihat.. :)
ops!! lupa ada kawan aku sorang tidak sihat..kenapa ya..??
xcdent..?? = =" huhu..moge cpt sembuh ya!! ^^

ok, kembali ke topik asal...
Adek angkat..?? 
huhu..npe tiba2 leyh masuk tajuk ini..?
ok sebenarnya td ada sorang adek nie tanya aku..nama di rahsiakan.. :)
"kak aisyah ada adk angkat tak..?"
erk..?? aku just jawab tak ada..

hurmm..aku tak terfikir langsung untuk ada adk angkat ni..
I mean adk angkat d skolah..
ala...kan slalunya org suka b'angkat2 nie kat skolah..
tak kira la, kt skolah ke, universiti ke, kolej ke or mana2 je..
plg menarik dalam alam maya pun ada juga walawpun tak pernah jumpa just kenal2 macam 2..
hebatkan..?? huhu
Entah la..aku pun tak faham apa motif b'angkat nie sebenarnya..
serius aku heran ngan sikap kawan2 aku yg suka sgt b'angkat2 nie.. 
hehee..jgn marah ye kpd kwn2 ku yg bca di sini.. ^^

Ok, bila ada adik angkat nie, aku tak tahu apa nak buat dgn depa..huk3
kak angkat..?? sama la..jujur! aku ada kak angkat., tp aku tak tahu apa kegunaannya..? 
heheee..aku rasa biasa ja..sama ja ada ke tak ada..
and cara kak angkat dgn kak2 lain sama ja macam org asing..??
senang cakap, bg aku ada ke tak da ke sama ja..Tak ada beza pun..
hurmmm...maybe org2 yg b'angkat nie depa tak da adik, kakak or abang kot..??
tapi aku tengok, sesetengah org yg ada pun still b'angkat gak..??

hurmmm...best ke..?? aku tak taw la apa perasaan org lain yg ada ni...
maybe aku ni lain dr org lain kot..yela..aku tengok org lain seronok but aku just biasa ja..
huhu..aku ada abg, adk prmpuan but tak da kakak..2 pun aku syukur sgt..
best je dok ngn depa..tak da masalah, n aku rasa tak perlu lg untuk ada abg or adk..?? :)
pasal kak angkat aku 2, depa yg mintak, aku trima je..ntah la..hehee ^^

p/s : Erk..?? sal nie pun nak kecoh ke..?? huhuhu
papewpon spe2 yg ada 2 jgn mrh ye, ni just pendapat saia.. :)


May Allah Bless Us =)

Lelaki Idaman ku...

in luveSEORANG LELAKI.... Biarlah dia seorang yang buta Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin,Gaza, dan seumpamanya ~Biarlah dia seorang yg bisu Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan dia lantang menyuarakan kebenaran ~Biarlah dia seorang yg bakhil Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah Kembali megah di muka dunia ~ Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang SYAHID......in luve