Hutan dianggap sebagi sumber yang boleh diperbaharui.Benar,tetapi untuk memperbaharuinya mengambil masa yang lama.Hutan yang sudah dimusnahkan oleh manusia atas dasar pembangunan,sukar untuk pulih seperti sediakala.Dengan fungsinya sebagai biodiversiti menjadikan Malaysia sebagi salah satu khazanah dunia yang kaya dengan pelbagai kehidupan biotik dan abiotik.Sesungguhnya hutan mempunyai peranan yang sangat besar di dalam kehidupan manusia.
Malaysia diiktiraf sebagai salah satu mega biodiversiti yang hanya berjumlah 12 kawasan sahaja di seluruh dunia.Biodiversiti merujuk kepada keseluruhan hidupan dari mikro kepada hidupan sebesar gajah yang membentuk ekologi dan habitat yang sangat unik,rencam serta hebat.Lihat sahaja Malaysia bersama hutannya gah dengan bunga terbesar di Malaysia,gah dengan pelbagai hidupan liarnya yang unik.Lihat sahaja orang utan ‘the one and only’! di seluruh dunia.Hutan yang dipelihara serta dipulihara akan menjadi khazanah dan tempat tinggal hidupan liar serta perlindungan flora yang hebat.
Legeh sungai atau punca sungai kebanyakkanya berasal dari kawasan tanah tinggi yang dilitupi hutan.Lihat sahaja contohnya sungai Perak dan Sungai Pahang berasal dari Banjaran Titiwangsa yang merupakan tulang belakang Negara.Banjaran Titiwangsa menjadi legeh sungai kerana hutan di situ berfungsi seolah-olah span yang menyerap air.Hutan akan menyimpan air kerana air hujan diserap ke dalam tanah dan dikeluarkan semula di dalam bentuk punca sungai( kawasan air terjun dan mata air ).
Masyarakat dunia sekarang melihat bahawa gabungan ekologi dan pelancongan menghasilkan kaedah pelancongan yang hebat.Konsep eko pelancongan sangat bertepatan dengan Negara kita sebenarnya.Dengan hutan hujan tropika yang hebat,termasuklah hutan paya bakau mampu menyerlahkan suasana nature kepada pelancongan,buktinya sudah terbentang di depan mata,Taman Negara sebagai contohnya merupakan salah satu konsep eko pelancongan yang menarik untuk diterokai.
______________________________________________________
Asal la tulis bab kepentingan hutan ni?? Aha! Sebenarnya Kie kena buat kerja tentang "Kepentingan Hutan" ni.. Pening sangat nak cerita pasal apa tah? Al maklumlah tentang faktakan? Kalau rekaan Kie boleh reka apa-apa je..kihkihkih
Hah tentang kesimpulan yang last skali tu terpaksa buat ayat sendiri..Tak jumpa pula..Kesimpulan ni senang je kan?? Ok kepadan kawan-kawan yang ada tugas sama dengan Kie boleh la ambil kat sini..
Dekat blog Kie ni, Kie cuma ambil yang penting untuk Kie je, kalau kawan-kawan nak yang lebih lanjut boleh ke blog ni Kepentingan Hutan . Kie ambil dari sini la.. Okeyh Pece!! ^_^
0 comments:
Post a Comment