Assalamuaalaikum wbt..
Wahai sahabatku yang sangat disayangi dan dikasihi kerana Allah..
Ketahuilah bahawa diri ini berkawan denganmu hanya semata-mata untuk mencari mardhatilLah..
Wahai sahabatku,
Ketahuilah bahawa diriku berkawan denganmu bukan hanya didunia yg fana ini,
Tetapi juga di akhirat yg kekal abadi..
Wahai sahabatku,
Dapatkah kita bertemu di akhirat kelak bersama-sama.?
Dapatkah kamu memberi jaminan untuk kita bersama-sama bertemu di sana?
Sungguh! aku tidak dapat menjamin itu semua kerana itu hanya kerja Ilahi..
Tetapi kita hanya dapat berusaha untuk bertemu di sana..
Sahabatku,
betapa pilunya hatiku ini apabila melihatmu,
melihatmu yg berani membuka aurat di khalayak ramai,
kecewanya hatiku sahabat yang bersama-samaku,
bersama-samaku selama 4 tahun tidak dapat ku nasihati,
nasihati untuk sama-sama mencari mardhatilLah..
Sahabtku,
Ketahuilah bahawa siksa Allah itu amat pedih,
Pedih lagi jari yg terhiris pisau,
Pedih lagi kulit yg terkena api,
Pedih lg hati yg ditikam-tikam,
semuanya tidak dapat menandingi pedihnya azab Allah..
Sahabatku,
Sudah menjadi tanggungjawab bersama untuk kita hadapi hidup ini bersama,
Tahukah kamu sorang yg jatuh ke gaung menarik yang lainnya?
Andai yg di atas tidak kuat untuk menarik yang satu di bawah,
Pasti yg atas akan turut jatuh bersama,
Tetapi andai yg atas bersama-sama manarik di bawah naik ke atas,
pasti yang bawah akan terselamat dari jatuh ke gaung..
Begitulah persahabatan kita..
Sahabatku,
aku merayu serayu rayunya padamu,
Jagalah auratmu yang mana aurat itu menjadi maruah kita,
Sungguh!! Aku sangat menyayangimu..
Terima kasih kerana sudi bersahabat denganku,
tanpamu semua,
mungkin aku kesepian,
tanpamu semua,
mungkin aku terjatuh ke gaung berseorangan...
p/s: luahan hatiku buat sahabat2 yg dikasihi terutama ain,zahirah,nadia,faizah,fadz,pkah, wani & fifah :)
0 comments:
Post a Comment