BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Free WebSites Counters
PhotobucketPhotobucket

Wednesday, May 18, 2011

Mimpi yg manafaat...!!

2 hari dah aku mimpi benda yang menakutkan..
semalam mimpi abang aku kena rasuk..kih3..kelako jew..
but bila terjaga dari mimpi sejuk giler..seram semacam jew...
Today pun mimpi...
mimpi dengar suara bayi ketawa..nampak pocong.
kena ganggu n macam2 yg menakutkan...
but dalam mimpi tu juga sebenarnya ada orang usik..keh3..
paling takut, ada orang ikot belakang..
then tiba2 dengar macam orang baca quran..Terus bangun..Ingat dah subuh..
tengok jam baru pukul 4 lebeyh..
tiba2 teringat mesej dr dia...suruh aku tahjud mintak hidayat..
sebab doa hidayat sangat mahal berbanding doa untuk berjaya dalam exam.
tu doa paling murah..
ha'..?? tunggu apa lg..?? dah terjaga tu kan..
bangun buka lampu, pegi toilet, siap2 then tahajjud terus la..
walaupun badan masih seram sejuk dek mimpi tu..
but, buat tak tahu je...apa aku kisah..??
mimpi jew pun...tp bila bangun sorang2 macam tu..
macam gak dok fikir lam otak ini..
dok bayang takut2 orang dalam mimpi tu muncul, ketuk pintu bilik ke...hek3..
tahu tak mimpi tu tandanya apa..??
nak suruh aku bangun tahajjud la...kuang3 
macam taw2 je...fon lupa kunci jam..
so Allah kejut dengan cara mimpi yg menakutkan tu..
amek kaw..!!! x)


May Allah Bless Us =)

0 comments:

Lelaki Idaman ku...

in luveSEORANG LELAKI.... Biarlah dia seorang yang buta Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin,Gaza, dan seumpamanya ~Biarlah dia seorang yg bisu Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan dia lantang menyuarakan kebenaran ~Biarlah dia seorang yg bakhil Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah Kembali megah di muka dunia ~ Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang SYAHID......in luve