BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Free WebSites Counters
PhotobucketPhotobucket

Wednesday, January 19, 2011

Ar-Rahman Ar-Rahim...

Segala puji bg Allah yg maha pemurah dan juga maha penyayang...
Syukur Alhamdulillah yg tak terhitung nikmat Allah bg...
Sukran Ya Allah..
Walaupun di mata orang itu adalah satu beban yg sangat berat..
Tapi bg ana ia rezeki yg sangat tak terhitung....
Nikmat yg Kaw beri sangat besar berbanding sedikit ujian yg Kaw beri..
Tapi, aku jarang sekali nampak nikmat yg Kaw beri itu...

Ya Allah,
Pernah dahulu hati ini hampir kecewa,
Kecewa kerana tidak memiliki apa yg aku minta,
Kecewa kerana Kaw masih belum memberinya..
Tapi, alhamdulillah,
Kaw tidak sesatkan aku,
Dengan sifat Ar Rahim Kaw,
Kaw kurniakan aku kesabaran..
Aku cuba untuk sentiasa bersabar dengan apa yg aku perolehi,
Walaupun kadang2 amat pahit untuk menerimanya,
Aku tetap cuba untuk menerimanya dengan sabar dan ikhlas,
Alhamdulillah..
Akhirnya aku temui nikmat di sebalik kesabaran dan keikhlasan itu,
Rupanya, Kaw memberi lebih dari apa yg aku mintak,
Dan aku sangat bersyukur..
Semoga saja aku tidak melupakan-Mu,
Semoga aku sentiasa dalam peliharan-Mu,
Kerana tanpa-Mu, tidak mungkin aku dapat hidup...
Syukran Ya Allah... =)


May Allah Bless Us =)

0 comments:

Lelaki Idaman ku...

in luveSEORANG LELAKI.... Biarlah dia seorang yang buta Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin,Gaza, dan seumpamanya ~Biarlah dia seorang yg bisu Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan dia lantang menyuarakan kebenaran ~Biarlah dia seorang yg bakhil Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah Kembali megah di muka dunia ~ Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang SYAHID......in luve