BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Free WebSites Counters
PhotobucketPhotobucket

Thursday, October 14, 2010

Kawan @ Sahabat...???























Soalan :

Pada pendapat kamu, apa beza kawan dan sahabat ? Adakah ianya sama ? Adakah kamu mempunyai kawan atau sahabat ? Bagaimana perasaan kamu ?

riben

Jawapan :

Pkah (S) : Kawan.. Pada saya bila2 masa kita boleh bertemu dan berkawan. Semua orang yang kita kenal dan kawan. Lalu ia dipanggil kawan.. Sahabat lebeh rapat. Sesetengah sahaja. Kita menceritakan segala rahsia dan segalanya.. Sahabat...

Fadz : Sahabat and kawan berlainan. Pada pendapat saya, kawan hanya kawan. Sahabat seperti sahabat yang karib. Kawan hanya bercakap. Dan sahabat pulak, kita menceritakan benda rahsia kita terhadapnya..

Ain : Pada pendapat saya, Kawan and sahabat memang berbeza. Tak sama , kawan cuma la, orang yang kita tak kenali, tidak ada istimewa, cuma kawan. Tetapi, sahabat adalah seorang yang berada di samping kita diwaktu susah or senang. Sering menggembirakan kita n kurang menyakitkan kita hati kita. Saya mempunyai sahabat. Perasaan saya sangat gembira bila dapat sahabat yang setia n boleh menggembirakan hati..

NNH : Sahabat adalah seorang insan yang ingin susah payah sama2. Bagi aku, aku inginkan sahabat tapi masih tak jumpa lagi. Saya belum punya sahat just kawan..

Pkah ( A) : Bagi pendapat ana kawan and sahabat ada perbezaannya. Kawan adalah tempat untuk kita berbual, berbincang and lain2. Then sahabat pulak, orang yang paling kita rapat dan berkongsi suka dan duka, saling memahami dan sentiasa ada apabila diperlukan. Yang tu takleh bg taw..

Faizah : Kawan hanya akan berkawan dengan kita bila kita senang dan gembira je. Sahabat pula akan bersahabat dengan kita wala apapun terjadi kepada kita.. Tak SAMA LANGSUNG.. Dua2 ada..

Awiah : Kawan dan sahabat mane same. Aku pernah le rase gak..Tapi kita kena banyak bersabar..

riben

Ini dialog antara dengan seorang teman tentang kawan dan sahabat ;

KW : Okeyh, berdasarkan jawapan yg kamu beri tadi, kamu cakap kamu mempunyai sahabt dan
sahabat adalah seorang yg berada di samping kita sewaktu susah. Adakah sahabat kamu
sentiasa bersama kamu sewaktu kamu susah ?

Ain : sahabat saya ramai n cuma setengah ja yg berada bersama saya ketika susah. Saya menghargainya. Tetapi
setengah lagi langsung tidak berada di samping saya ketika susah..

KW : O.M.G.! Adakah itu di panggil sahabat.?

Ain : Pada saya, walaupown dia ada atau tak masa susah, saya tak kisah.. Saya ikhlas menerima dia sebagai sahabat..

KW : Bukan ke tu hanya kawan namanya ? Kenapa kamu tetap berkata sahabat ?

Ain : Kerana saya kasih kepada dia kerana Allah..

KW : Good! Bagaimana kalau sahabat yang kamu percaya tiba2 mengkhianati kamu ? Apa perasaan kamu ?

Ain : Mungkin rasa marah dan kecewa. Tapi apa2 pun, saya tetap akan bersahabat dengan dia walau apapun
yang berlaku..

KW : Kamu seorang sahabat yg bagus.! Semoga sahabat kamu tidak mengkhianati kamu.. Boleh kamu beritahu
siapa sahabat kamu kepada semua orang ? or ianya rahsia ?

Ain : Jika anda, adakah anda mahu memberitahu semua orang atau merahsiakannya ? Bagi saya, biarlah saya
merahsiakanny.

KW : Ok. Syukran atas kerjasama dan memberi sedikit waktu kepada saya. Semoga kamu bahagia bersama
sahabt kamu.. May Allah bless on your life..!

Ain : Thanks!

riben

Bagi saya, Kawan dan sahabat memang lain, tak sama..dan ia amat sukar untuk di cari..
Kawan umpama lebah..
Habis madu sepah di buang..
Sahabt pulak umpama tangan dan mata..
Jika tangan sakit, mata terus merasanya dengan mengeluarkan air mata,
Lalu tangan turut membantu untuk menghapuskan air mata tersebut..

Tahniah kepada sesiapa yang mempunyai sahabat. Hargai dan jagalah sahabt kamu dengan baik, janganlah kecewakan dia..=)

Terima Kasih atas jawapan yang diberikan and dikongsi bersama kawan2 yang laen..


May Allah Bless Us =)

0 comments:

Lelaki Idaman ku...

in luveSEORANG LELAKI.... Biarlah dia seorang yang buta Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin,Gaza, dan seumpamanya ~Biarlah dia seorang yg bisu Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan dia lantang menyuarakan kebenaran ~Biarlah dia seorang yg bakhil Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah Kembali megah di muka dunia ~ Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang SYAHID......in luve