BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Free WebSites Counters
PhotobucketPhotobucket

Saturday, February 18, 2012

Apa Itu Insurans?

Assalamuaalaikum wbt...
Hope you all semua dalam keadaan sihat walfiat.. =)
Sekian lama tak update blog ni, insya Allah I try to update again.. (^^,)

Untuk kali ni Kie nak kongsi tentang INSURANS...
Ada sesiapa tak yang ambil kelas Perdagangan macam Kie ni?
My teacher ask me to do nota perdagangan bab 2 ni..
Nak wat nota ringkas tak berapa pandai sangat..Kalaw buat sendiri jadi macam karanganlah..huhu
So Kie pun try cari dalam internet ni..
Alhamdulillah Kie jumpa nota yang agak ringkas dan padat jadi I ambil dari situ lah..
Isnin ni dah nak tengok..Alhamdulillah baru je siap.. =)

Kepada kawan-kawan yang sama nasib macam Kie, nak kena buat nota Insurans ni juga atau kepada kawan-kawan yang nak tahu tentang Insurans ni...
Boleh la baca di sini TENTANG INSURANS ya..?

Selamat Membaca!!

p/s: mohon share dari teacher blog tersebut ya? Semoga Allah menambahkan lagi ilmu puan. (^^,)


May Allah Bless Us =)

Tuesday, January 31, 2012

This week we head to Brackley, home to Mercedes AMG Petronas F1 team and speak to Matt Deane #PETMOS

This week we head to Brackley, home to Mercedes AMG Petronas F1 team and speak to Matt Deane #PETMOS


May Allah Bless Us =)

Monday, January 23, 2012

Kepentingan Hutan


Hutan dianggap sebagi sumber yang boleh diperbaharui.Benar,tetapi untuk memperbaharuinya mengambil masa yang lama.Hutan yang sudah dimusnahkan oleh manusia atas dasar pembangunan,sukar untuk pulih seperti sediakala.Dengan fungsinya sebagai biodiversiti menjadikan Malaysia sebagi salah satu khazanah dunia yang kaya dengan pelbagai kehidupan biotik dan abiotik.Sesungguhnya hutan mempunyai peranan yang sangat besar di dalam kehidupan manusia.
Malaysia diiktiraf sebagai salah satu mega biodiversiti yang hanya berjumlah 12 kawasan sahaja di seluruh dunia.Biodiversiti merujuk kepada keseluruhan hidupan dari mikro kepada hidupan sebesar gajah yang membentuk ekologi dan habitat yang sangat unik,rencam serta hebat.Lihat sahaja Malaysia bersama hutannya gah dengan bunga terbesar di Malaysia,gah dengan pelbagai hidupan liarnya yang unik.Lihat sahaja orang utan ‘the one and only’! di seluruh dunia.Hutan yang dipelihara serta dipulihara akan menjadi khazanah dan tempat tinggal hidupan liar serta perlindungan flora yang hebat.

Legeh sungai atau punca sungai kebanyakkanya berasal dari kawasan tanah tinggi yang dilitupi hutan.Lihat sahaja contohnya sungai Perak dan Sungai Pahang berasal dari Banjaran Titiwangsa yang merupakan tulang belakang Negara.Banjaran Titiwangsa menjadi legeh sungai kerana hutan di situ berfungsi seolah-olah span yang menyerap air.Hutan akan menyimpan air kerana air hujan diserap ke dalam tanah dan dikeluarkan semula di dalam bentuk punca sungai( kawasan air terjun dan mata air ).

Masyarakat dunia sekarang melihat bahawa gabungan ekologi dan pelancongan menghasilkan kaedah pelancongan yang hebat.Konsep eko pelancongan sangat bertepatan dengan Negara kita sebenarnya.Dengan hutan hujan tropika yang hebat,termasuklah hutan paya bakau mampu menyerlahkan suasana nature kepada pelancongan,buktinya sudah terbentang di depan mata,Taman Negara sebagai contohnya merupakan salah satu konsep eko pelancongan yang menarik untuk diterokai.


______________________________________________________
Asal la tulis bab kepentingan hutan ni?? Aha! Sebenarnya Kie kena buat kerja tentang "Kepentingan Hutan" ni.. Pening sangat nak cerita pasal apa tah? Al maklumlah tentang faktakan? Kalau rekaan Kie boleh reka apa-apa je..kihkihkih
Hah tentang kesimpulan yang last skali tu terpaksa buat ayat sendiri..Tak jumpa pula..Kesimpulan ni senang je kan??  Ok kepadan kawan-kawan yang ada tugas sama dengan Kie boleh la ambil kat sini..
Dekat blog Kie ni, Kie cuma ambil yang penting untuk Kie je, kalau kawan-kawan nak yang lebih lanjut boleh ke blog ni Kepentingan Hutan . Kie ambil dari sini la.. Okeyh Pece!! ^_^


May Allah Bless Us =)

Lelaki Idaman ku...

in luveSEORANG LELAKI.... Biarlah dia seorang yang buta Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin,Gaza, dan seumpamanya ~Biarlah dia seorang yg bisu Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan dia lantang menyuarakan kebenaran ~Biarlah dia seorang yg bakhil Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah Kembali megah di muka dunia ~ Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang SYAHID......in luve